Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 16 Februari 2021. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

5,709 pesakit Covid-19 sembuh, 22 kematian

SHAH ALAM, 17 FEB: Bilangan kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes positif baharu apabila 5,709 pesakit sembuh hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu Covid-19 naik apabila 2,998 kes direkodkan hari ini berbanding 2,720 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 272,163 kes.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 41,396 kes.

“Sebanyak 22 kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 1,005,” katanya pada kenyataan media.

Beliau berkata terdapat 231 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 115 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 1,382 kes, diikuti Johor sebanyak 436 kes dan Negeri Sembilan pula 233 kes,” katanya.


Pengarang :