Antara bungkusan daging yang dijual di sebuah pasar raya ketika tinjauan pada 22 Disember 2020. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ternakan dipantau, pastikan daging dijual bebas penyakit kulit

SHAH ALAM, 10 JUN: Masyarakat tidak perlu bimbang untuk makan daging lembu atau kerbau tempatan susulan jangkitan penyakit kulit kental (LSD) ketika ini.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner (DVS) Selangor berkata pemeriksa bertauliah akan memeriksa ternakan sebelum disembelih bagi memastikan selamat dimakan.

“Ramai pengguna was-was untuk membeli daging susulan penyakit LSD. Jadi pengguna boleh memeriksa sendiri pada tag atau cop rasmi karkas setiap daging yang dijual.

“Selain itu pengguna juga boleh memeriksa surat pengesahan pemeriksaan yang dikeluarkan,” kata Dr Hassuzana Khalil kepada SelangorKini semalam.

Beliau menjelaskan pihaknya menerusi bahagian penguatkuasaan akan memastikan ternakan disembelih di lokasi sah sahaja dijual di pasar awam dan pasar tani.

Pada 2 Jun lalu, jabatan berkenaan mengesan satu kes disyaki penyakit kulit kental (LSD) yang pertama di negeri ini.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata kes dikesan selepas terdapat tanda jangkitan penyakit pada lima ekor lembu pedaging di Gombak.


Pengarang :