Dato’ Seri Amirudin Shari (dua dari kiri) berbual dengan penerima vaksin ketika meninjau proses vaksinasi di Taman Murni, Sepang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 9 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

1,000 penduduk Taman Murni Sepang terima vaksin hari ini

SEPANG, 9 JULAI: Seramai 1,000 penduduk Taman Murni di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bersasar menerima vaksin secara berperingkat hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari berkata proses suntikan pelalian akan mengambil masa dua hari setelah mengenal pasti individu yang bebas jangkitan Covid-19.

“Mulai hari ini kita akan mulakan proses vaksinasi dan kita jangka dua hari sudah cukup untuk kita vaksin lebih kurang 1,000 penduduk dewasa,” katanya selepas meninjau pelaksanaan PKPD di kawasan terbabit hari ini.

Semalam, Amirudin berkata Taman Murni menjadi lokaliti kedua menerima vaksin dalam kawasan PKPD selepas penduduk Mentari Court, PJS 8 Petaling Jaya.

“Sekarang persiapan logistik dan ekosistem sedang dilakukan di situ. Diharap tindakan ini akan mempercepat proses vaksinasi rakyat negeri ini,” katanya.

Penduduk Taman Murni dikenakan PKPD selama 14 hari sejak 30 Jun selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 36 kes dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

 


Pengarang :