Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor Dr Mohd Azhar Mohamed Ali menyampaikan sumbangan kepada Nazurah Nabilah Benyajeed di kediaman keluarga tersebut di Bukit Beruntung pada 22 Julai 2021 – Foto MDHS
PBTSELANGOR

MDHS bantu ringankan beban lapan beradik yatim piatu

SHAH ALAM, 25 JULAI : Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyalurkan bantuan keperluan asas kepada lapan beradik yang baru kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.

Yang Dipertua Dr Mohd Azhar Mohamed Ali berkata berkata sumbangan berupa makanan asas seperti beras, mi segera, gula, susu pekat, biskut, minyak masak, telur, milo dan wang tunai RM3,000.

“Prihatin dengan nasib ditimpa yatim piatu ini, kita mengambil inisiatif membantu mereka dengan harapan sedikit sebanyak dapat meringankan beban anak-anak ini,” katanya menerusi kenyataan.

Sumbangan itu disampaikan Dr Mohd Azhar kepada kakak sulung Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, dan turut disertai Orang Besar Daerah Hulu Selangor Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa.

MDHS turut mengambil inisiatif melakukan kerja pembersihan dan sanitasi di dalam dan sekitar kediaman keluarga tersebut bagi mencegah penularan Covid-19.
Nazurah Nabilah serta tujuh adiknya menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka, Noraini Ibrahim, 43, dan Benyajeed Bernie, 45, meninggal dunia pada 16 dan 18 Julai akibat Covid-19.


Pengarang :