Petugas Lembaga Zakat Selangor (LZS) ketika mengadakan program ziarah raya bersama penduduk sekitar Sepang di penghujung Syawal baru-baru. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS ziarah raya di Sepang, erat silaturahim dengan penduduk

SHAH ALAM, 4 JUN: Sambutan perayaan Aidilfitri lebih meriah tahun ini berbanding dua tahun lalu sewaktu pendemik melanda, menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi berkata banyak aktiviti dapat diraikan ketika program ramah mesra dengan penduduk Sepang berbanding ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah, dengan aktiviti ziarah dan sambutan ini dapat kami dekati dengan lebih dekat lagi asnaf dan ahli kariah.

“Insha-Allah, semoga dengan aktiviti ini, hubungan sillaturahim antara kami dengan penduduk setempat akan menjadi lebih erat,” katanya di Facebook.

Antara program yang dijalankan Team Operasi Agihan Asnaf Sepang adalah agihan juadah raya kepada asnaf fakir miskin dan amil kariah Kota Warisan.

Selain itu, LZS turut menganjurkan program raya rumah asnaf mualaf, lawatan baik pulih Pangsapuri Barokah LZS dan ziarah raya.


Pengarang :