Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong Wong Siew Kii (dua, kanan) bersama penerima bantuan makanan di Pusat Sokongan Semangat Balakong pada 7 Julai 2021. Foto Facebook Wong Siew Kii
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Mohon baucar Jom Shopping Deepavali RM100 hingga 30 September

SHAH ALAM, 6 SEPT: Masyarakat kurang berkemampuan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong boleh memohon baucar Jom Shopping Deepavali mulai 2 hingga 30 September ini.

Menurut wakil rakyatnya, permohonan baucar beli-belah RM100 boleh dibuat di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Balakong dengan menyertakan dokumen lengkap.

Wong Siew Ki berkata dokumen tersebut ialah salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan, sijil kematian bagi pasangan meninggal serta bukti pendapatan suami dan isteri.

“Antara syarat kelayakan ialah pemohon mesti pengundi dan menetap di Balakong manakala pendapatan kasar isi rumah kurang RM1,500 bagi individu bujang dan RM3,000 (keluarga).

“Selain itu ahli keluarga belum mendaftar atau menerima baucar daripada mana-mana DUN,” katanya menerusi Facebook.

Tambahnya, penerima, pasangan atau ahli keluarga yang mendapat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tidak layak memohon baucar berkenaan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 03-90760331 atau 03-90750331.

Jom Shopping Raya diperkenal dengan menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat mengikut perayaan masing-masing.


Pengarang :