Atlet Selangor Mandy Cebelle Chen meraih pingat perak acara taijijian wanita (wushu) dalam SUKMA ke-20 di Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada 14 September 2022. Foto MSN Selangor
AGENDASUKANKINI

SUKMA: Pasukan wushu sumbang pingat pertama Selangor

SHAH ALAM, 14 SEPT: Pasukan Wushu menyumbang pingat pertama Selangor dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 sebentar tadi.

Pingat perak tersebut disumbang Mandy Cebelle Chen menerusi acara taijijian wanita yang berlangsung di Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Emas dimenangi atlet Melaka Sydney Chin Sy Xuan yang mengumpul 9.643 mata, diikuti Mandy Cebelle (9.6200 mata) manakala gangsa dimenangi atlet Sarawak Yong Arifah Khairul Kok (9.5830 mata).

Selangor menyasarkan 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk edisi kali ini yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Seramai 490 atlet dan 75 jurulatih mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA ke-20.

 


Pengarang :