DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ketika melihatkan koleksi naskhah al-Quran lama di Mohammed Bin Rashid Library Dubai, UAE baru-baru ini. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Sultan tertarik koleksi al-Quran lama di Pustaka Mohammed Bin Rashid

SHAH ALAM, 5 SEPT: Selepas melawat Museum Of The Future, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor turut berkenan melawat Perpustakaan Mohammed Bin Rashid Library (MBRL) ketika di Dubai, UAE baru-baru ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tertarik melihat sendiri koleksi naskhah al-Quran lama, transkrip kaligrafi dan peta bersejarah.

“Baginda amat kagum dengan reka bentuk bangunan tujuh tingkat yang menempatkan sejumlah 1.1 juta koleksi buku-buku dalam 30 bahasa,” tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Maklumnya, Sultan Sharafuddin diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MBRL Dr Mohamed Al Mazrouei ketika melawat ruang utama perpustakaan itu yang dibuka kepada orang ramai Jun lalu.

Terdahulu, Baginda berkenan melawat muzium yang terletak di Financial District, Dubai diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Sultan Selangor bertitah Baginda amat kagum dan tertarik dengan reka bentuk luar bangunan muzium yang dilengkapi kaligrafi puisi nukilan Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.


Pengarang :