Penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) hadir memberi sokongan pada penamaan calon di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar pada 5 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMADIZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Tinjauan: Orang awam sokong HARAPAN laksana had jawatan PM dua penggal

OLEH ALANG BENDAHARA

SHAH ALAM, 10 NOV: Cadangan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengehad tempoh jawatan perdana menteri (PM) hanya dua penggal dianggap baik untuk kemajuan negara.

Had jawatan itu untuk 10 tahun antara Tawaran HARAPAN bagi mengukuh integriti institusi dan mengelak pemusatan kuasa berlebihan seterusnya menjamin ketelusan pentadbiran negara.

Orang ramai yang ditemui di sekitar pekan Sekinchan, Sungai Besar menerima baik dan mahukan cadangan tersebut dilaksanakan.

Norfarehan Nieza Osman. Foto NUR ADIBAH AHMADIZAM/SELANGORKINI

“Saya tidak setuju jika tidak dibentang dalam parlimen dan diluluskan kerana ia idea bagus yang datang daripada HARAPAN.

“Jika tidak diteruskan saya yakin ramai pengundi akan berasa sedih kerana ia satu langkah ke arah kematangan berpolitik,” kata Norfarehan Nieza Osman, 29, penjawat awam

Penjual durian Gan Kar An, 35, berkata cadangan tersebut banyak diamalkan di negara maju yang boleh dilaksanakan di Malaysia dalam mencapai kemajuan.

“Juga jika dihadkan jawatan PM kepada 10 tahun maka akan kurang peluang buat pemimpin mengambil rasuah atau menyalahguna kuasa,” kata Ho Then Hua, 38, mekanik.


Pengarang :