Kemeriahan mula dirasai apabila Bazar Aidilfitri bertempat di Lorong Tuanku Abdul Rahman menjadi lokasi tumpuan pengunjung yang mula mencari kelengkapan sempena perayaan itu ketika tinjauan pada 17 April 2022. Foto BERNAMA
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Mohon 246 petak bazar Aidilfitri Jalan Taiping hingga 14 Februari

SHAH ALAM, 26 JAN: Permohonan bazar Aidilfitri Jalan Taiping, Klang dibuka mulai semalam hingga 14 Februari depan.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://iportal.mpklang.gov.my/PermitOnline.

“Kita menyediakan sebanyak 246 petak niaga di bazar terbabit tahun ini. Peniaga yang berminat boleh memohon melalui pautan tersebut,” kata Norfiza Mahfiz kepada Selangorkini.

Beliau menambah sebaik permohonan ditutup, satu sesi taklimat dan ‘teach in’ sistem bida akan dibuat pada 22 Februari.

“Tarikh bidaan akan dibuat pada 14 Mac manakala keputusan bidaan pada keesokannya. Undian petak berniaga pula dijalankan pada 21 Mac.

“Peniaga boleh menjalankan perniagaan di bazar terbabit selama 22 hari bermula 1 hingga 22 April,” katanya.


Pengarang :