EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau bercakap kepada media ketika majlis berbuka puasa di Klang pada 30 Mac 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Negeri agih RM28 juta licinkan operasi JKM, bantu golongan sasar

SHAH ALAM, 11 JULAI: Kerajaan Selangor mengagihkan sebanyak RM28 juta setiap tahun kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi melancarkan operasi agensi itu membantu golongan sasar.

EXCO Kebajikan Masyarakat V Ganabatirau berkata jumlah itu tambahan kepada dana diperuntuk kerajaan persekutuan meliputi bantuan bulanan RM350 selain bayaran gaji kakitangan negeri yang bertugas.

“Sejak beberapa tahun lepas kita memang peruntuk kira-kira RM28 juta untuk bantu JKM. Kita negeri maju dan membangun serta berusaha menyediakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penduduk,” katanya.

Sejak memegang tampuk pentadbiran bermula 2008, Kerajaan Negeri yang diterajui Pakatan Harapan (HARAPAN) menyediakan pelbagai program kebajikan untuk membantu rakyat Selangor.

Inisiatif bawah Iltizam Selangor Penyayang ditambah baik dari semasa ke semasa dengan puluhan skim ditawar, terbaharu Skim Insurans Am Selangor (Insan) untuk penduduk berusia seawal 30 hari.

 

 


Pengarang :