Petugas SPR membantu pengundi DUN Gombak Setia sewaktu hujan di Pusat Pembuangan Undi di SMK Gombak Setia pada 21 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Calon, pemilih seru orang ramai buang undi

SHAH ALAM, 12 OGOS: Calon dan pengundi pilihan raya negeri (PRN) Selangor menyeru orang ramai menunaikan tanggungjawab di kawasan masing-masing sebelum pusat pengundian ditutup.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari ini sebagai hari mengundi enam negeri iaitu Selangor melibatkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN), Pulau Pinang (40), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Kelantan (45) dan Terengganu (32).

Calon Paya Jaras Mohd Khairuddin menyediakan kenderaan kepada pengundi yang tiada kemudahan pengangkutan supaya mereka dapat keluar awal mengundi memandangkan cuaca diramal hujan pada sebelah petang.
Calon Gombak Setia Datuk Megat Zulkarnain Omardin meminta pengundi memanfaatkan waktu yang masih berbaki untuk keluar mengundi bagi menentukan kemenangan calon masa depan.
Pesara TNB, Baharudin Alias, 64, meminta kawan-kawannya keluar mengundi sebelum cuaca bertukar buruk dengan mengharapkan kerajaan madani terus kekal demi kestabilan negara.
Pesara P Chandran meminta rakyat Malaysia keluar mengundi demi masa depan dan kebaikan tanah air selain memilih pemimpin yang dapat memajukan negara.
Pengundi di Sungai Besar, Abdul Wahab Kordi, 48, meminta penduduk segera keluar menunaikan tanggungjawab dan bukan hanya pandai memberi komen di media sosial.

Pengarang :