Dato’ Menteri Bersar Dato’ Amirudin Shari bergambar bersama pemilik tanah pada Majlis taklimat dan penerangan kerja-kerja pemulihan projek terbengkalai pembesaran Kampung Serendah Perdana, Mukim Serendah dan projek pembesaran Kampung Jawa (Desa Beringin), Mukim Kerling, Hulu Selangor di Dewan Komuniti Serendah pada 9 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Penduduk lega rumah terbengkalai bakal dibangunkan pemaju dilantik Kerajaan Negeri

OLEH DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 10 OGOS: Pemilik tanah projek perumahan di Kampung Serendah Perdana dan Kampung Jawa (Desa Beringin) di sini, yang terbengkalai sejak 26 tahun lalu menarik nafas lega selepas Kerajaan Negeri melantik pemaju bagi membangunkan semula kawasan terbabit.

Pekerja swasta Jamaludin Bahali, 55, melahirkan rasa syukur atas keprihatinan Kerajaan Negeri membela nasib mereka yang sudah terlalu lama menunggu projek terbabit diselesaikan.

“Saya bersyukur kerana kami sudah tunggu terlalu lama sejak 1997. Bukan sedikit duit dikeluarkan bayar wang pendahuluan. Saya bayar RM40,000 deposit beli kediaman seluas 5,000 kaki persegi namun hampa selepas projek ini terbengkalai hampir 30 tahun.

Caption pic Jamaludin Bahali
Jamaludin Bahali,55 ketika ditemui Media Selangor pada Majlis taklimat dan penerangan kerja-kerja pemulihan projek terbengkalai pembesaran Kampung Serendah Perdana, Mukim Serendah dan projek pembesaran Kampung Jawa (Desa Beringin), Mukim Kerling, Hulu Selangor di Dewan Komuniti Serendah pada 9 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Saya pilih tunggu rumah siap di sini kerana Serendah akan dibangunkan sebagai hab logistik projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap pada 2027. Harga hartanah di sini akan meningkat jadi saya tak kisah menunggu walaupun pembinaan dijangka ambil masa lama,” katanya.

Jamaludin antara 192 pemilik yang hadir pada majlis taklimat dan penerangan kerja pemulihan projek terbengkalai pembesaran Kampung Serendah Perdana dan Desa Beringin yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Dewan Komuniti Serendah di sini semalam.

Pandangan itu turut dipersetujui Asmah Mazlan, 59, yang menyifatkan usaha Kerajaan Negeri itu amat membantu pemilik yang terbeban memandangkan terpaksa menanggung kerugian dari pelbagai aspek sejak sekian lama.

“Usaha untuk dapatkan keadilan untuk pemilik bermula sejak 2018 namun tertangguh akibat pertukaran EXCO dan penularan wabak Covid-19. Namun kita gerakkan semula usaha pada 2022 dan EXCO Perumahan Rodziah Ismail banyak bantu kami sehingga dapat merealisasikan impian kami miliki kediaman.

Caption pic Asmah Mazlan
Asmah Mazlan, 59 ketika ditemui Media Selangor pada Majlis taklimat dan penerangan kerja-kerja pemulihan projek terbengkalai pembesaran Kampung Serendah Perdana, Mukim Serendah dan projek pembesaran Kampung Jawa (Desa Beringin), Mukim Kerling, Hulu Selangor di Dewan Komuniti Serendah pada 9 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Bagaimanapun saya pilih untuk pindah ke Desa Beringin memandangkan sudah bersara dan tiada pendapatan tetap untuk bayar rumah. Saya rancang jadikan rumah di Desa Beringin sebagai kediaman hujung minggu memandangkan sudah memiliki kediaman di Selayang Baharu,” katanya.

Projek Pembesaran Kampung Serendah Perdana merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam membangunkan projek perumahan secara tersusun seluas 48.5 hektar manakala Desa Beringin membabitkan pembangunan di atas tanah seluas 12.1 hektar.

Bagaimanapun projek gagal disiapkan kontraktor yang dilantik ketika itu sehingga menyebabkan ia terbengkalai sehingga kini.


Pengarang :