DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (dua, kiri) selepas berjaya menawan puncak Gunung Kilimanjaro, Tanzania pada 8 September 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
BERITA UTAMASELANGOR

Kumpul dana bina pusat jagaan, RMS tawan puncak gunung di Tanzania

SHAH ALAM, 9 SEPT: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor menakluk puncak gunung di Tanzania dalam usaha mengumpul dana bagi pembinaan pusat penjagaan kanak-kanak berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.

Pendakian Tengku Amir Shah ke puncak Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter diiringi sepupu Engku Panglima Setia Diraja Dato’ Syed Haizam Jamalullail; kekanda ipar Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson; Orang Besar Istana Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan Baginda, Keong Yeen Keoh.

DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (dua, kiri) bergambar di puncak Gunung Kilimanjaro, Tanzania pada 8 September 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office

“Antara penggerak utama misi meraih dana menerusi ekspedisi ini yang bermula pada 31 Ogos lalu adalah berpunca daripada kos rawatan yang tinggi yang terpaksa dihadapi oleh keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.

“Ini termasuk anak perempuan Syed Haizam yang menghidapi masalah sama sejak usia tiga tahun,” tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Pada 2012, Tengku Amir pernah menyertai ekspedisi hampir serupa ke Gunung Kinabalu bersama 23 kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) dari Cheshire Home.

Mereka yang ingin menyumbang kepada dana pembinaan pusat jagaan yang bertempat di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam boleh melayari pautan ini


Pengarang :