Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika berucap pada majlis sambutan Thaipusam peringkat Selangor di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves pada 24 Januari 2024. Foto Facebook Amirudin Shar
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rakyat Selangor tolak pelampau, hidup saling menghormati

SHAH ALAM, 26 JAN: Perayaan Thaipusam yang disambut meriah di negeri ini membuktikan rakyatnya menolak para ekstremis dan pelampau yang sering memainkan retorik sempit serta jumud.

Dato’ Menteri Besar berkata rakyat Selangor membuktikan bahawa perpaduan adalah asas kestabilan dan keharmonian yang perlu terus disemai serta dipertahankan.

“Saban tahun Batu Caves menjadi tumpuan dunia apabila tiba perayaan Thaipusam dengan penganut agama Hindu dari seluruh dunia berkumpul dan berarak ke Kuil Sri Subramaniar.

“Tahun ini, perayaan Thaipusam disambut dengan meriah. Malam tadi saya menyaksikan ratusan ribu penganut agama Hindu meraikan Thaipusam.

“Ini membuktikan bahawa Selangor adalah model contoh masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup saling hormat menghormati dalam rukun dan damai,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Beliau berkata Selangor sentiasa menjadi tumpuan dunia dan pentadbirannya sentiasa berikhtiar untuk menjadi lebih baik.


Pengarang :