Penduduk menyertai Rewang Sekampung sempena majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sabak Bernam di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Rewang Aidilfitri kembali Mei, gotong-royong masak juadah raya

SHAH ALAM, 14 APRIL: Program gotong-royong menyediakan juadah raya kembali dianjur tahun ini bermula Mei.

EXCO perumahan berkata majlis yang dikenali sebagai Rewang Komuniti Strata Aidilfitri akan membuka tirai di Selayang.

“Penduduk dan komuniti setempat akan masak bersama-sama juadah raya antaranya lemang, ketupat dan rendang.

“Program bermula dari pagi dan majlis jamuan berlangsung malam. Kita jangkakan kehadiran ramai dan mendapat sambutan menggalakkan,” kata Borhan Aman Shah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengacau gulai daging dalam program rewang Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sabak Bernam di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Tahun lalu, program Jom Rewang Sekampung Aidilfitri diperkenal bagi memudahkan penduduk mendapat maklumat berhubung pentadbiran negeri yang mana Ampang dan Hulu Langat dipilih sebagai kawasan perintis.

Sebelum Ramadan, program dianjur dua hari di Taman Pandan Jaya, Ampang. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti selawat, marhaban, sukan rakyat, futsal, tarik tali dan cabutan bertuah buat pengunjung.

 


Pengarang :