PBTSELANGOR

Tong Roro di kawasan Sabak Bernam antara 26 Mac hingga 11 April

SHAH ALAM, 7 APRIL: Penduduk sekitar Sabak Bernam boleh membuang sampah pukal menerusi tong ‘Roll On Roll Off’ (Roro) yang disediakan di beberapa lokasi mulai 26 Mac.

Menurut Facebook Majlis Daerah Sabak Bernam, peletakan tong sempena Aidilfitri sehingga 11 April antaranya melibatkan Taman Indah Sekinchan dan Kampung Penerangan.

Lokasi lengkap dan tarikh seperti berikut:

Sebelum ini, KDEB Waste Management (KDEBWM) menjangka kutipan sampah domestik meningkat 13 peratus sepanjang Aidilfitri berbanding bulan biasa sekitar 6,000 ke 7,000 tan sehari.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata sebanyak 1,300 lori sampah membabitkan 3,500 tenaga kerja juga digerakkan bagi melaksana kutipan sampah setiap hari sepanjang hari raya.


Pengarang :