SELANGOR

Orang ramai gamatkan SACC Walk Fiesta

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 7 APRIL: Walaupun baru memasuki edisi pertama, karnival SACC Walk Fiesta anjuran PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) bersama asetnya SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam mendapat sambutan menggalakkan.

Kehadiran barisan artis tersohor negara seperti Kumpulan May, Aweera, Syamel AF8 dan Eleena Harris menggamatkan lagi suasana di karnival berkenaan.

Terdahulu, karnival berkenaan dirasmikan EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail.

Penganjuran SACC Walk Fiesta dilihat menjadi wadah penting dalam membantu merancakkan ekonomi serta pelaburan di Selangor.

Pengunjung juga dapat meluangkan masa lapang bersama keluarga dan rakan dengan menyertai aktiviti bermanfaat serta menarik, selain disajikan dengan persembahan percuma.

Karnival terbabit turut dimeriahkan dengan #SmartSelangor Mobile Library dari Perbadanan Perpustakaan Awam Shah Alam, aktiviti kanak-kanak seperti ‘giant bubble’, ‘inflatable bouncer’, permainan ‘velocifero’, persembahan badut, seni karikatur dan ‘mini petting zoo’.

Selain itu, pertunjukan kereta klasik oleh Kelab Pencinta Kereta Mini Malaysia turut dipamerkan khas buat penggemar kenderaan itu.


Pengarang :