Petugas kesihatan Selcare mengambil sampel calitan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) ke atas peserta Saringan Komuniti di Dewan Masyarakat Bandar Kinrara 2, Puchong pada 22 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan Covid-19 di Selangor turun sedikit, catat 1,163 kes

SHAH ALAM, 15 OKT: Selangor mencatat 1,163 kes baharu Covid-19 hari ini, turun sedikit berbanding
1,630 semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daripada jumlah itu 1,084 kes merupakan jangkitan dalam komuniti.

Mengikut data dikongsi jabatan itu, Hulu Langat mencatat kes harian paling banyak dengan 244 diikuti Klang 214, Gombak (137), Kuala Langat (116) dan Sepang (113).

Petaling pula merekodkan 93 kes, Kuala Selangor (74), Hulu Selangor (57) dan Sabak Bernam (36).

Data yang dikongsi menerusi Facebook itu juga memaklumkan tujuh daripada keseluruhan kes mendapat jangkitan dari luar negara manakala 72 kes dalam penjara/lokap.

Sementara itu ketua pengarah kesihatan memaklumkan sebanyak 7,420 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menurun berbanding 8,084 kes dicatatkan semalam.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook itu menunjukkan jumlah keseluruhan jangkitan wabak kini mencecah 2,377,033 kes.


Pengarang :