SHAH ALAM, 8 OKT: Hampir 2,000 belia menyertai program Selangor Xtiv Esports 2022 sempena Hari Selangor Bersukan yang berlangsung hari ini hingga esok di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh di sini.
EXCO generasi muda dan sukan berkata mereka bertanding dalam permainan Player Unknown Battlegrounds (PuBG), permainan konsol PlayStation 4 (PS4) dan permainan simulasi Roblox bagi merebut hadiah terkumpul RM24,000.
“Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk terus mendekati para belia dengan menumpukan kepada penganjuran program sukan elektronik yang semakin mendapat sambutan masa ini.
“Inisiatif ini adalah bertujuan memastikan akar umbi tidak ketinggalan merasai pembangunan sukan disamping merealisasikan matlamat melahirkan pasukan-pasukan professional yang akan mewakili Negeri Selangor dalam kejohanan-kejohanan besar esports pada masa akan datang,” kata Mohd Khairuddin Othman dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut berharap golongan belia dan penggiat e-sukan untuk terus kekal aktif yang dapat membangunkan diri sekali gus mencipta peluang menjadi atlet pelapis negeri.