Labur RM12.5 juta untuk WiFi percuma | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Nadiah Zamlus

Labur RM12.5 juta untuk WiFi percuma

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 20 MAC: Kira-kira RM12.5 juta dilaburkan Kerajaan Negeri bagi pembayaran kontrak kepada syarikat pengendali perkhidmatan WiFi Smart Selangor (WiFiss) percuma, pada tahun lalu.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian berkata, terdapat dua syarikat pegendali WiFiss iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Celcom Mobile Sdn Bhd (CELCOM).


Katanya, pengendali WiFiss ini dikenalpasti melalui beberapa kriteria , antaranya infrastruktur pembekal perkhidmatan sedia ada serta kawasan liputan WiFi yang disediakan pengendali.

“Pada masa sama, pemilihan pengendali juga berdasarkan kemampuan memasang 2,500 lokasi hotspot dalam masa tiga bulan,” katanya ketika Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Sungai Burong, Dato’ Mohd Shamsudin Lias berkenaan perincian nama, pemilik dan tempoh kontrak syarikat pengendali Wifi Selangorku.

Loy Sian berkata, setakat ini jumlah bilangan ‘hotspot access point’ oleh TM bermula 2015 hingga 2020 ialah 3,390 sementara Celcom ialah sebanyak 521.

“Pembayaran kepada syarikat pengendali hanya akan dibuat setelah pemasangan hotspot disasarkan.

“Proses pemilihan ini dilaksana oleh Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), termasuklah permohonan pengendali secara terbuka, penilaian pengendali, pemantauan dan penilaian prestasi perkhidmatan,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next