Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan replika cek kepada rumah ibadat bukan Islam (kuil) ketika sambutan Thaipusam peringkat Selangor di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves pada 7 Februari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Selangor sumbang RM315,000 kepada 30 kuil

BATU CAVES, 8 FEB: Kerajaan Negeri menyalurkan RM315,000 kepada lebih 30 rumah ibadat bukan Islam (kuil) di seluruh Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu bagi membolehkan kuil berkenaan menjalankan pelbagai aktiviti membabitkan masyarakat India, sekali gus memakmurkan rumah ibadat masing-masing.

“Sejak 2008, lebih 500 rumah ibadat bukan Islam (kuil) dibantu bagi kerja menaik taraf, membaik pulih binaan dan melaksanakan aktiviti keagamaan.

“Malah, banyak tapak tanah kuil sudah diwarta dan diselesaikan dalam kadar segera bagi memberi laluan upacara keagamaan diadakan dengan lebih mudah,” katanya pada sambutan Thaipusam peringkat Selangor 2020 di Kuil Sri Subramaniar di sini malam tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika sambutan Thaipusam peringkat Selangor di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves pada 7 Februari 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Terdahulu, kemeriahan sambutan perayaan menyaksikan lautan penganut Hindu berarak memasuki kuil berkenaan sejak 5 petang, malah ada yang turut sama mendaki 272 anak tangga itu.

Turut hadir, EXCO Pemberdayaan, V Ganabatirau; Pegawai Daerah Gombak, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dan Ahli Dewan Negeri Sentosa, G Gunarajah.


Pengarang :