Dr Siti Mariah Mahmud berucap ketika Majlis Apresiasi Sedekad Pusat Wanita Berdaya di Shah Alam Convention Centre pada 7 Mac 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

PKP: Selangor sedia bantuan nafkah khas untuk ibu tunggal

SHAH ALAM, 9 APRIL: Kerajaan Negeri menyediakan bantuan nafkah khas kepada golongan ibu tunggal yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

EXCO Kebajikan Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook berkata bantuan kendalian Jabatan Kehakiman Syariah Selangor boleh dimohon bermula sekarang sehingga 14 April.

Syarat bagi mendapat bantuan tersebut ialah:

1. Ibu tunggal warganegara Malaysia beragama Islam
2. Pendapatan kurang RM2,500 atau tidak tetap dan terjejas akibat PKP
3. Tinggal di Selangor tidak kurang tiga tahun
4. Bercerai dan memiliki sijil cerai
5. Mempunyai anak berusia 18 tahun ke bawah atau tidak lebih 21 tahun
6. Belum memfailkan tuntutan nafkah
7. Bukan penerima pendahuluan nafkah Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah negeri

Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati di http://jakess.gov.my/index.php/ms/ atau hubungi Bahagian Sokongan Keluarga Setiausaha Kerajaan Negeri di talian 010-559 5935.


Pengarang :