Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor mengeluarkan 43 notis kepada peniaga ayam yang melanggar peraturan ketika pemeriksaan pada 18 Jun 2020. Foto ihsanKPDNHEP Selangor
AGENSISELANGOR

KPDNHEP Selangor keluar 43 notis kepada peniaga ayam

SHAH ALAM, 18 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor hari ini mengeluarkan 43 notis kepada peniaga ayam yang melanggar peraturan di sekitar negeri ini.

KPDNHEP Selangor dalam kenyataan memaklumkan, semua notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Pemeriksaan dilakukan untuk memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan berlebihan menjelang Aidilfitri. Malah, peniaga turut diingatkan untuk sentiasa mengamalkan etika perniagaan dan patuhi undang-undang,” tulis KPDNHEP Selangor di Facebook.

Pada masa sama, KPDNHEP turut mengeluarkan kompaun RM2,500 secara terus kepada seorang peniaga kerana menjual barang kawalan melebihi harga sepatutnya.

KPDNHEP menasihatkan pengguna agar bijak berbelanja selain merancang pembelian bagi mengelakkan pembaziran.


Pengarang :