Orang ramai menggunakan pelitup muka di tempat awam bagi mengawal penularan Covid-19 ketika tinjauan di sekitar Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kadar jangkitan Covid-19 di Malaysia melebihi paras kritikal

SHAH ALAM, 12 SEPT: Risiko penularan Covid-19 di Malaysia melepasi paras kritikal apabila kadar jangkitan atau R-naught (RO) untuk mengukur penyebaran wabak tersebut meningkat kepada 2.34.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar jangkitan semasa meningkat daripada 0.86 ke 1.72 dan terus ke 2.34, melebihi paras kritikal 1.6.

“Kes jangkitan juga dilihat meningkat daripada paras terendah 150 kes sebelum ini dan terkini 501 kes,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, istilah RO merujuk kepada kadar purata jangkitan wabak dalam masyarakat. Jika nilai R adalah 4, ia bermaksud setiap kes positif boleh menyebarkan penyakit kepada empat individu lain.

Penularan wabak di negara ini akan berakhir jika berjaya menurunkan nilai R kepada kurang 1 secara berterusan.

Semalam kes harian Covid-19 di Malaysia melonjak kepada 182 dengan 181 daripadanya jangkitan tempatan.


Pengarang :