Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 24 Oktober 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 turun tiga angka, 823 disahkan positif

SHAH ALAM, 25 OKT: Kes baharu Covid-19 hari ini turun kepada tiga digit apabila sebanyak 823 kes dilaporkan berbanding 1,228 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 26,565 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 579 pesakit sembuh menjadikan jumlah pesakit sembuh dan dibenarkan keluar wad adalah 17,134 atau 64.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sabah terus mencatatkan jumlah kes Covid-19 tertinggi apabila 533 kes dilaporkan, Pulau Pinang kedua tertinggi iaitu 93 kes sementara Selangor sebanyak 88 kes.

” Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 99 kes iaitu 12 peratus dari jumlah keseluruhan kes,” kata beliau dalam kenyataan media.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 9,202 kes dan mereka diasingkan dan diberi rawatan.

Dr Noor Hisham menjelaskan terdapat 99 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 229 kes,” katanya.


Pengarang :