Selangorkini
Sebahagian pekerja wanita Top Glove yang beratur sebelum dibawa keluar oleh petugas kesihatan berikutan penularan wabak Covid-19 di Asrama Pekerja Top Glove Meru Klang pada 24 November 2020. Foto: BERNAMA
AGENSI SELANGOR

Covid-19: 81 kes baharu di Petaling, 41 di Klang

SHAH ALAM, 26 NOV: Petaling menjadi daerah tertinggi merekodkan kes Covid-19 hari ini dengan 81 kes, kata Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Agensi itu berkata kes di Klang pula meningkat sebanyak 41 kes bertambah lapan kes berbanding semalam.

“Ia diikuti Sepang dengan 25 kes, Kuala Selangor (6), Hulu Langat (5) dan Kuala Langat (2).

“Manakala, terdapat dua kes import mendapat jangkitan dari luar negara, masing-masing dari Nepal dan Arab Saudi,” maklum BGNS.

Agensi itu memaklumkan setakat 12 tengah hari tadi, seramai 260 pesakit disahkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Hari ini, kes harian di Selangor mencatatkan 161 kes sekali gus menjadikan keseluruhan 12,854 kes.

 


Pengarang :