BUDAYARENCANA

Selepas-Nya, Dia

matahari belum naik tapi dah bunga terbakar, jadi api, jadi senyum
zahirkan gigi jadi mulut, rendang dulu, lontong kemudian.

dah ibu bugar lepas tenung sinar surau memanggil tak habis,
selipar getah jadi kereta yang pandu ibu ke situ,

jumpa Tuhan, ampun diminta dari tangan-Nya yang boleh dirasa,
sebelum tersengih rumah dituju, anak-anak dihulur ampun.

sebab selepas-Nya, dia.

jadi, ketupat tunggu pinggan ditadah sebelum mulutku menarik masuk, kunyah sebelum tambah selepas tambah selepas sambal sotong atau kacang yang berkuah selepas tart nenas hancur diperangkap mulut yang tunggu dah lama untuk penuh, perut yang dah lapar nak kenyang,

satu selepas satu.

 

Aliff Awan


Pengarang :