Pembantu Kesihatan Awam Pejabat Daerah Petaling Nur Iswandi Jemi (tengah) memberi penerangan kepada Pelajar Sekolah kebangsaan Seksyen 7 mengenai bahaya pembiakan jentik-jentik di ruang pameran Majlis Sambutan Hari Bebas Denggi peringkat Hospital Shah Alam pada 15 Jun 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA seru masyarakat cegah penularan denggi di musim raya

SHAH ALAM, 13 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyeru orang ramai mencegah penularan wabak denggi ketika musim perayaan.

MBSA menerusi Facebook turut berkongsi tiga langkah mudah untuk melindungi diri dan keluarga daripada gigitan nyamuk aedes.

“Musim perayaan merupakan salah satu waktu berlakunya jangkitan demam denggi disebabkan oleh pergerakan masyarakat yang agresif,” katanya.

Tiga langkah pencegahan denggi:

  • Pastikan tiada bekas menakung air dalam rumah dan tutup rapat bekas air
  • Sekiranya kampung dikenal pasti kawasan wabak, elak berada di luar rumah semasa lewat petang dan awal pagi
  • Sesudah pulang ke kediaman, sembur aerosol di seluruh kawasan rumah bagi membunuh nyamuk tersembunyi

MBSA turut memaklumkan pihaknya membelanja lebih RM1.18 juta bagi mengawal penularan denggi sepanjang tahun lalu.

Setakat Februari lalu, katanya, sejumlah RM84,731 digunakan untuk proses kawalan berkenaan.


Pengarang :