Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran ketika program Jualan Ehsan Rahmah DUN Meru di Taman Dato’ Bandar, Klang pada 16 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kampung Sungai Buah, Dengkil antara empat lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 18 APRIL: Jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di empat lokasi hari ini.

PKPS menerusi Facebook memaklumkan, Jualan Ehsan Rahmah (JER) itu diadakan di padang awam Kampung Sungai Buah (Dengkil), Pusat Latihan Inovasi Selangor (Sabak), depan Kedai Makan Anggerik di Taman Anggerik (Bukit Melawati) dan Surau Al Aziziah di Taman Keramat Permai (Hulu Kelang).

Program jualan murah yang bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari itu menjual pelbagai barangan seperti ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS pernah menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER.

Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri pada tahun lepas.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :