Seorang pekerja restoran membungkus makanan pelanggan pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan di sebuah restoran sekitar pusat bandar Shah Alam pada 14 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Selangor catat 125 kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 3 NOV: Selangor mencatatkan 125 kes baharu hari ini membabitkan 124 kes tempatan dan satu kes import, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 61 kes dikesan dari kluster sedia manakala 35 kes dari saringan kontak rapat.

“28 kes lagi dikesan dari lain-lain saringan.

“Hari ini sebanyak 149 pesakit disahkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital,” katanya pada sidang media hari ini.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan kes pandemik itu di negeri ini sehinggan kini berjumlah 5,179 kes.

 


Pengarang :