Orang ramai beratur menunggu giliran menempah makanan di salah sebuah kedai makan Seksyen 6, Shah Alam pada 14 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Premis makanan dibenar operasi 6 pagi hingga 10 malam

SHAH ALAM, 27 JUN: Kedai makan dan restoran dibenar beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa esok, kata Menteri Kanan (Keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan.

“Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.

“Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuat kuasa 28 Jun 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pengarang :