Orang ramai menikmati juadah disediakan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor Peringkat Daerah Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Hulu Selangor pada 15 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Rumah terbuka MBPJ pada Jumaat, penduduk dijemput hadir

SHAH ALAM, 18 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan rumah terbuka PJ@Raya pada Jumaat ini berkonsepkan makanan negeri.

Unit komunikasi korporat berkata program di Dataran Boulevard Jalan Yong Shook Lin, Seksyen 52 itu bakal menyajikan nasi dagang, puding diraja, mee kolok, rojak pasembor, char keaw teaw, lemang, sate, kambing bakar dan buah-buahan.

Program bermula 7.45 malam itu turut menampilkan persembahan artis jemputan selain acara pemberian duit raya dan pelbagai aktiviti menarik.

“Rumah terbuka ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara MBPJ dengan masyarakat khususnya penduduk Petaling Jaya.

“Amalan ini juga menjadi sinonim dalam kehidupan masyarakat di Malaysia dan menjadi simbolik dalam mengeratkan lagi perpaduan antara kaum,” katanya menerusi kenyataan.

Justeru majlis menjemput seluruh komuniti Petaling Jaya hadir memeriahkan sambutan berkenaan.


Pengarang :