Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 12 tengah hari ini.
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa Hulu Selangor hingga jam 9 malam

SHAH ALAM, 13 JUN: Kawasan Hulu Selangor dijangka mengalami hujan lebat, angin kencang dan ribut petir hingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata amaran turut membabitkan seluruh Melaka; Port Dickson, Negeri Sembilan; Mersing, Johor; Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah di Kelantan; Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan, Bera dan Pekan di Pahang.

Kawasan lain adalah Beluru, Miri, Marudi dan Limbang di Sarawak; Sipitang, Tenom, Beaufort serta Tuaran di Sabah.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :