Keadaan deretan lapan kedai lama dua tingkat yang terbakar di Pekan Sabak, Sabak Bernam pada malam 18 Julai 2022. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS santuni pemilik restoran terlibat kebakaran deretan kedai lama

SHAH ALAM, 20 JULAI: Pemilik restoran yang terlibat dalam kebakaran melibatkan lapan kedai lama dua tingkat malam semalam menerima sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi berkata pihaknya menziarahi pemilik Restoran Haifa di Pekan Sabak, Sabak Bernam dan menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban beliau.

“Kami telah mendapat maklumat daripada penolong amil kariah dan orang awam berkaitan kebakaran besar yang berlaku di Pekan Sabak.

“Turut terlibat dalam kebakaran itu ialah sebuah premis milik orang Islam iaitu Restoran Haifa,” katanya di Facebook.

LZS juga berharap pemilik premis berkenaan tabah dan bersabar dengan dugaan musibah tersebut.

“Terima kasih juga kepada pembayar zakat. Zakat anda kami salurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.


Pengarang :