AGENDANASIONAL

92 peratus bekalan air di Hulu Selangor pulih takat 9 malam

SHAH ALAM, 10 OGOS: Pemulihan bekalan air di kawasan Hulu Selangor yang terbabit dengan operasi penyenggaraan aset Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa mencapai 92 peratus setakat 9 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tempoh pemulihan bekalan berbeza mengikut kawasan serta bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bekalan air 188 kawasan wilayah Hulu Selangor dijangka pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi esok.

“Air Selangor menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan  untuk membiarkan pili mengalir sehingga air menjadi jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Orang ramai boleh melayari https://hentitugas.airselangor.com/untuk maklumat lanjut.

 


Pengarang :