Wakil rakyat Sungai Ramal Mazwan Johar menyampaikan bantuan kepada enam mangsa banjir di Kampung Teras Jernang, Bangi pada 23 Ogos 2022. Foto ADN Sungai Ramal
ADNSELANGOR

Enam keluarga terjejas banjir kilat terima bantuan segera RM500

SHAH ALAM, 12 SEPT: Enam keluarga mangsa banjir kilat di Kampung Teras Jernang, Bangi menerima bantuan segera RM500 daripada wakil rakyat Sungai Ramal pada 23 Ogos lalu.

Mazwan Johar berkata bantuan berkenaan dihulurkan dua hari selepas tinjauan beliau ke kediaman mangsa bagi meringankan beban mereka.

“Sepanjang pertemuan dengan mangsa, mereka telah meluahkan beberapa punca masalah yang mengakibatkan terjadinya banjir di kawasan tersebut.

“Dalam perbincangan tersebut, butiran maklumat serta aduan yang disampaikan telah diambil maklum. Insya-Allah segala isu yang berbangkit dibawa kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut,” katanya di Facebook.

Dalam pertemuan bersama keluarga berkenaan pada 21 Ogos, Mazwan dimaklumkan oleh penghulu Mukim Kajang bahawa kejadian banjir itu kali pertama sejak beliau menjadi penghulu kawasan berkenaan.


Pengarang :