Tinjauan di perumahan Jalan Kebun, Shah Alam pada pagi 17 November 2022 mendapati air sekitar kawasan tersebut semakin surut. Foto Facebook Bernama
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sungai lapan kawasan di Selangor lepasi paras bahaya

SHAH ALAM, 17 NOV: Paras air sungai melibatkan lapan kawasan di Selangor melepasi tahap bahaya, menurut laman rasmi infobanjir takat jam 8.15 pagi.

Berdasarkan maklumat https://publicinfobanjir.water.gov.my/ Sungai Semenyih di Pekan Bangi Lama berada pada paras 17.87 meter, Sungai Binjai di Pekan Meru, Klang (4.28 meter), Sungai Klang di Taman Sri Muda (5.37 meter) dan Sungai Rasau di Taman Desa kemuning (3.74 meter).

Selain itu Sungai Langat di Bukit Changgang (4.64 meter), Sungai Langat di Dengkil (8.16 meter), Sungai Langat di Jenderam Hilir (13.25 meter) dan Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi (9.9 meter).

Sungai yang berada pada paras amaran pula ialah Sungai Kandis di Kampung Jawa (4.93 meter), Sungai Selangor di Rantau Panjang (7.58 meter) dan Sungai Bakul di Kampung Budiman (7.97 meter).


Pengarang :