Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Najmuddin Jemain berucap ketika majlis Penyampaian Hadiah Kempen Bayar & Menang Cukai Taksiran MPKj di Dewan Seri Cempaka, Kajang pada 1 November 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Waspada taktik sindiket panggilan palsu berhubung arahan transaksi pemindahan wang

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 30 JAN: Pemegang lesen perniagaan dinasihatkan lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan taktik sindiket panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali berhubung arahan transaksi pemindahan wang.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata pihaknya menerima aduan mengenai panggilan yang menggunakan maklumat Jabatan Perlesenan dan Penjaja untuk mendapatkan wang tunai yang perlu dimasukkan ke dalam akaun tertentu.

Najmuddin Jemain memaklumkan pihaknya tidak pernah menghubungi pemegang lesen perniagaan untuk sebarang transaksi pemindahan wang.

“MPKj mengambil maklum mengenai perkara ini kerana Jabatan Perlesenan dan Penjaja terima aduan terdapat panggilan yang menggunakan maklumat jabatan lesen untuk dapatkan wang tunai yang dimasukkan ke akaun tertentu.

“Kita nasihatkan pemegang lesen perniagaan supaya tidak melayan sebarang panggilan berkaitan atau melakukan pendepositan wang menggunakan akaun peribadi,” katanya pada mesyuarat Majlis Bil 1/2023 MPKj hari ini.

Najmuddin berkata memandangkan wujud modus operandi sebegitu pihaknya meminta pemegang lesen perniagaan menghubungi MPKj bagi mendapatkan maklumat sahih sebelum melakukan transaksi pemindahan wang.

Beliau berkata sekiranya panggilan tersebut dilayan MPKj bimbang berlaku penipuan malah pemegang lesen perniagaan kehilangan wang.


Pengarang :