Pasukan Selangor FC ketika menentang Penang FC pada kejohanan Piala Harapan 2023 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 5 Februari 2023. Foto Facebook NaningMedia
AGENDASUKANKINI

Pemain Selangor FC bina keserasian ketika kalah di tangan Penang FC

SHAH ALAM, 7 FEB: Pasukan bola sepak Selangor menjadikan kekalahan di tangan Penang FC dalam kejohanan Piala Harapan 2023 sebagai medan membina keserasian pemain.

Pengendalinya Tan Cheng Hoe berkata anak buahnya masih keletihan selepas menyingkirkan Kedah Darul Aman FC di pentas perlawanan persahabatan pada Jumaat lalu.

“Menerusi dua perlawanan sebelum ini kita nampak banyak positif daripada negatif dan untuk latihan seterusnya di Bangkok saya rasa masih dalam peringkat persediaan pasukan.

“Untuk perlawanan pra musim (Bangkok) kita cuba mendapatkan ramuan dan keserasian terbaik untuk pasukan ini,” katanya menerusi video di Facebook Selangor FC.

Cheng Hoe yang juga bekas pengendali Harimau Malaya berkata pemain akan dinilai berdasarkan tahap kecergasan pada dua perlawanan persahabatan menentang Ratchaburi FC dan PT Prachuap akan datang.

“Kita akan menilai setiap pemain daripada segi tahap kecergasan kerana kita tidak mahu mereka bermain dalam keadaan keletihan memandangkan ada dua lagi perlawanan nanti.

“Perjalanan semalam (ke Bangkok) agak jauh dan kita hari ini ada sesi latihan dan mungkin dua hari lagi ada perlawanan persahabatan, kita harap pemain dapat meningkatkan prestasi mereka,” katanya.


Pengarang :