Ribuan orang ramai mengunjungi Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sabak Bernam di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rumah terbuka Sabak Bernam lakar sejarah dihadiri lebih 10,000 pengunjung, paling meriah

SABAK BERNAM, 12 MEI: Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Sabak Bernam melakar sejarah tersendiri apabila mencatatkan kehadiran pengunjung melebihi 10,000 orang, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program ketujuh anjuran peringkat negeri itu juga menjadi program paling meriah berikutan mendapat sambutan ramai.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sabak Bernam di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Program hari ini juga mencatat sejarah kerana orang ramai mula berkumpul dari jam 7 pagi tadi tumbangkan dua ekor lembu, ratusan ayam selain memasak pelbagai jenis makanan.

“Program ini melibatkan semua termasuk pemimpin masyarakat dan komuniti peringkat negeri. Jadi semangat ini harus dipupuk untuk kesejahteraan dan keharmonian masyarakat,” katanya berucap pada majlis itu malam ini yang diadakan di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam.


Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Mohamad meninjau reruai yang menyediakan pelbagai juadah termasuk sate pada program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sabak Bernam di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pagi tadi lebih 1,000 penduduk dari 12 kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar di sini menjayakan program rewang sempena program malam ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam Azman Dahlan berkata program dimulakan seawal jam 3 pagi bagi kerja menyembelih dan melapah dua ekor lembu.

Penduduk bekerjasama ketika rewang sekampung pada majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sabak Bernam di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Program rewang turut diserikan dengan pelbagai acara seperti cabutan bertuah, pertandingan hiasan pulut kuning, gubahan samping, karaoke lagu raya dan pertandingan anyaman ketupat.

JKSA diadakan di setiap daerah bermula di Klang pada 28 April lalu diikuti di Hulu Selangor pada 29 April. Ia diteruskan pada 5 Mei di Hulu Langat, Petaling (6 Mei) dan Kuala Langat pada 7 Mei lalu.

Antara orang ramai mengunjungi Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sabak Bernam di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Esok program sama diadakan di Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor dan berakhir di tapak Uptown Sri Gombak (14 Mei) yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengarang :