ADN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze berkolaborasi dengan Othrs Barber menyediakan perkhidmatan gunting rambut percuma. Foto Facebook Michelle Ng Mei Sze
ADNSELANGOR

DUN Subang Jaya anjur program gunting rambut percuma

Oleh Iman Izziqry

SUBANG JAYA, 10 JUN: Orang ramai terutama pelajar sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya boleh mendapatkan perkhidmatan gunting rambut percuma di premis Othrs Barber.

Perkhidmatan itu adalah inisiatif wakil rakyatnya Michelle Ng Mei Sze bersama Othrs Barber terutama dalam meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak ramai.

“Harga gunting rambut sudah naik dan untuk membantu, pejabat saya bekerjasama dengan Othrs Barber menyediakan khidmat gunting rambut percuma.

“Kami harap ia mampu meringankan beban ibu bapa,” katanya menerusi Facebook kelmarin.

Justeru, Michelle berharap ibu bapa mengambil peluang membawa anak-anak untuk menggunting rambut secara percuma.


Pengarang :