Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) berjaya mengumpul sumbangan RM507,590.62 menerusi program Malam AgungNya Cinta 2023 sempena bulan anak yatim pada 17 September 2023. Foto ihsan Yide
AGENSISELANGOR

Infak anak yatim, Yide kumpul dana lebih RM500,000

SHAH ALAM, 18 SEPT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) berjaya mengumpul sumbangan RM507,590.62 menerusi program Malam AgungNya Cinta 2023 sempena bulan anak yatim.

Bertemakan Mensyukuri Kebahagian Anak Yatim, program itu antara inisiatif dalam mempromosi bulan anak yatim selain meneruskan tradisi memuliakan golongan tersebut.

Pengerusi Yide, Tan Sri Mazlan Mansor berkata program yang julung kali diadakan ialah 300 anak yatim.

“Menerusi program ini kita bawa khas konsep penceritaan berkenaan Nabi Muhammad S.A.W dengan diiringi kumpulan nasyid seperti Hijjaz, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

“Yide berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM507,590.62 dan sumbangan yang diberikan oleh para penaja rakan korporat serta orang ramai  dimasukkan ke dalam Tabung Dana Anak Yatim dan Dana Pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim, Pulau Indah,” katanya menerusi kenyataan.

Yide menganjurkan bulan anak yatim sepanjang bulan Rabiul Awal 1445 Hijrah sebagai memperingati peristiwa kelahiran Rasulullah SAW pada 12 Rabiulawal yang juga anak yatim ketika dua bulan dalam kandungan ibunya.


Pengarang :