MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu di Rompin, Pahang jam 4.30 petang, 15 Oktober 2023. Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia
AGENDANASIONAL

Rompin rekod amaran cuaca panas tahap satu

SHAH ALAM, 15 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Rompin, Pahang jam 4.30 petang hari ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan status berjaga-jaga itu dikeluarkan bagi kawasan dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius.

“Amaran cuaca panas tahap satu ini berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut,” katanya.

Menurut MetMalaysia, Tahap 2 (gelombang haba) merekodkan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celcius dan Tahap 3 (gelombang haba ekstrem) dengan suhu melebihi 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/


Pengarang :