Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri Kinrara melepaskan peluang mendapatkan barangan dapur pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah di perkarangan Masjid Baitulamin, Subang Jaya pada 11 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pelabuhan Klang, Morib, Kuala Kubu Bharu lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 6 NOV: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lagi lokasi esok.

Jualan murah barangan asas itu diadakan di Sekolah Agama, Kg Sijangkang Pelabuhan Klang (Pelabuhan Klang), pekarangan Surau As Solehah Jalan Kurau, Kg Bandar (Morib) dan Persatuan Bola Keranjang Hulu Yam Lama (Kuala Kubu Bharu).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Selangor membelanjakan subsidi berjumlah RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di hampir 3,000 lokasi yang memanfaatkan lebih 5 juta rakyat.

Selain menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih pada setiap hari kecuali Jumaat, PKPS turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Segi Fresh bagi memperluas capaian kepada penduduk setempat.

Pasar raya itu dilantik sebagai rakan strategik PKPS bagi pelaksanaan program JER termasuk penyediaan lokasi jualan dan logistik di 55 premis Segi Fresh.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :