Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat (tengah) menyerahkan sumbangan set alat tulis dan kita pencegahan Covid-19 kepada calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa pada 12 Januari 2024. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Rawang, Teratai edar kit cegah Covid-19 kepada calon SPM

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 14 JAN: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari lima sekolah menerima sumbangan set alat tulis dan kit pencegahan Covid-19 daripada Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata sumbangan 1,600 set alat tulis dan 1,700 kit pencegahan Covid-19 bertujuan memberi keselesaan kepada pelajar yang dijadual menduduki peperiksaan berkenaan pada 30 Januari.

“Demi memastikan kemudahan dan keselesaan adik-adik (calon SPM) yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini, saya sudah mengedarkan set alat tulis, pelitup muka dan alat ujian Covid-19 kepada sekolah-sekolah di kawasan Rawang.

“Lima buah sekolah itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa 1 dan 2, SMK Tuanku Abdul Rahman, SMK Seri Garing serta SMK Tun Perak,” maklumnya di Facebook.

Ahli Dewan Negeri Teratai Yew Jia Haur (dua, kanan) menyerahkan sumbangan pelitup muka kepada calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah 10 Januari 2024. Facebook Yew Jia Haur

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Teratai Yew Jia Haur turut menyumbangkan pek pelitup muka di beberapa sekolah di DUN berkenaan antaranya termasuklah SMK Pandan Mewah dan SMK Tasek Permai.

“Saya berharap sumbangan yang disampaikan dapat membantu pelajar melindungi diri mengekang penularan Covid-19 lebih-lebih lagi pada musim peperiksaan,” katanya.


Pengarang :