AGENDANASIONAL

Klang, Kuala Langat diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Klang dan Kuala Langat di Selangor hingga 7 malam.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :