Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi (tengah) menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan kanak-kanak tiga tahun Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal di kediaman keluarganya di Sungai Buloh pada 17 April 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Anwar hulur sumbangan tampung kos ubat kanak-kanak hilang upaya kekal

KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada bapa kanak-kanak berkenaan iaitu Mohammad Raji Musa di kediaman mereka di Sungai Buloh, Selangor.

“Bagi meringankan beban yang dihadapi, saya telah menyerahkan sumbangan untuk menampung kos perubatan kepada bapa Tasnim iaitu saudara Raji,” katanya.

Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri menziarahi kanak-kanak berusia tiga tahun itu yang diklasifikasikan sebagai hilang upaya kekal.

Anwar turut mendoakan semoga urusan adik Tasnim dan keluarganya dipermudah.

— BERNAMA


Pengarang :