SHAH ALAM, 19 OKT: Selangor merekodkan 107 kes positif Covid-19 hari ini, juga menjadi negeri kedua tertinggi merekodkan kes baharu selepas Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 71 kes dikesan daripada kluster sedia, saringan kontak rapat (19), kes import (6), saringan pulang dari Sabah (2), kluster baharu (1) dan lain-lain saringan (8).
“Selangor merekodkan satu kluster baharu iaitu kluster Hentian yang melibatkan Hulu Langat. Kes indeks ke-18664 telah dikenal pasti positif Covid-19 pada 15 Oktober lalu.
“Sehingga 19 Oktober, sejumlah 127 individu telah disaring, hasil daripadanya, tujuh dikesan positif sementara 120 masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media, hari ini.