AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Polisi kerja dari rumah pada musim jerebu – Syed Saddiq

PUTRAJAYA 18 SEPT: Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan polisi `bekerja dari rumah’ dalam tempoh negara dilanda jerebu semakin teruk.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya akan mengedarkan arahan dalaman bagi memastikan polisi itu dapat dilaksanakan.

“Para pegawai dan staf Kementerian Belia dan Sukan ramai yang bertugas di luar dan sudah pasti mereka terdedah kepada jerebu yang bahaya.

“Namun begitu polisi bekerja dari rumah ini juga akan berjalan bergantung kepada Indeks Kualiti Udara (API) yang melebihi paras 200,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, kata beliau, para pegawai dan staf juga akan melaksanakan pekeliling itu atas budi bicara ketua jabatan yang akan memantau perkembangan kerja dan memastikan kualiti kerja tetap terjaga bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik terus diberikan kepada rakyat.

Katanya, kementeriannya sedar akan bahaya dan ancaman yang terdedah kepada semua warganya ketika musim jerebu.

“Polisi ini bagi memastikan kualiti hidup warga kementerian terus terbela. Polisi ini juga selaras dengan arahan penutupan sekolah-sekolah di kawasan yang terlibat,” katanya.

Menurutnya, kementerian percaya langkah ini adalah satu keperluan dan percaya polisi ini boleh diseragamkan di semua kementerian dan agensi kerajaan yang lain.


Pengarang :